Yaaa....Insyaallah takde aral melintang, lagi 6 bulan balik la kitorang ke Malaysia. Bila diingatkan balik, seronok ada, sedih pon ada. Seronok sesangat sebab selepas setahun lebih tinggalkan Malaysia, aku akan berjumpa keluarga, saudara mara dan kawan-kawan tersayang (cliche nya ayat). Seronok gak leh melantak makanan Malaysia puas-puas (diet hold dua barang seminggu dua..hehehe). Seronok sebab lepas nih, family ada time aku kepayahan kesusahan. Alahai...
Dan sedih la jugak nak tinggalkan UK nih. For sure aku akan rindukan rumah yang aku menyewa sekarang, rindu cuaca yg miserable kat sini. Rindu pada suasana kat sini. Hari-hari aku gi hantar and amik Naqeeb kat skolah. Time nak pegi hantar dan ambik dia tuh, kemain seksa nak pakaikan Nylea punyer winter coat. Kat Malaysia takde dah suasana cenggini. Huhu.
Banyak sebenarnya yang bakal aku rindukan. Nanti nak dekat tarikh balik...lagi banyak aku list. Tengok la nanti. Hehehehe.
Banyak sebenarnya yang bakal aku rindukan. Nanti nak dekat tarikh balik...lagi banyak aku list. Tengok la nanti. Hehehehe.
No comments:
Post a Comment