Monday, October 29, 2007

Aku Demam

28 October 2007







Turn aku plak demam. Huhu. Seksanya Tuhan ajer la yang tau. Demam, sakit tekak, pening berpinar pinar dan sakit semua sendi-sendi. Tonsil aku bengkak giler. Perghh... sakit tuh ooi!! Time nih la aku rindukan Malaysia. Alangkah senangnya kat Malaysia. Ramai yang boleh membantu. Sob...sob...Nih sumer aku yang uruskan sendiri. Nylea punyer lasak tak berkurangan. Naqeeb lak mintak itu ini time aku demam nih. Hubby aku lak sibuk ngan study dia. Tapi apa-apa pun dia banyak tolong aku. Thanks Yang!!

Dan hari nih gak ada open house warga Wolfson College. Macam-macam dorang masak dan macam-macam bangsa datang. Tapi selera aku takde hari nih. Aku makan sate 2 cucuk, makan mee kari ngan rojak sikit. Tuh pon paksa makan. Pehtu cepat-cepat aku ajak Rezuan balik. Tak sedap badan laa.

Dan semangat aku nak mengupdate blog makin berkurangan. Hihihi.

Wednesday, October 24, 2007

Lagi Gambar Raya

Naqeeb demam....Nylea lasak...aku lak rasa cam nak pitam...huhu...








Saturday, October 20, 2007

Open House - Headington

21 October 07

Tahun ni kitorang buat open house ikut kawasan. Geng area headington buat hari ni. Gotong rotong memasak. Macam2 makanan yang berjaya dihasilkan. Penat? biasala, kalau buat makan2, memang sampai malam la jawabnya. Esok ada open house umah kak nun laks. meriah.. meriah, takyah masak.


Last kopek BBQ sebelum winter


Class mate rezuan pun datang, hambek ko makanan malaysia yang hot n spicy. Tak sangka banyak jugak dorang ni makan


Antara juadah yang terhidang


European size vs asian size

Demam

14 October 07

Sekarang ni memang musim demam, naqeeb pun demam. Sian dia, dia cuti sampai hari rabu. Sekolah 2 hari, pastu cuti semester lak, seminggu...mm suka la tuh. satu ayng aku respek, sekolah dia boleh buat eid/raya celebration hari khamis, siap ajak penceramah lagik.... betapa hormatnya dorang kat komuniti muslim kat oxford ni. Alhamdulillah..





Autumn is coming

Raya ke 2

13 October 07

Semalam dorang hint2 kat aku, nak beraya la tuh. So, aku buat la makan2 tengahari nih. abis jer umah aku, suma pindah ke umah sebelah laks, umah nash/sue ler tu. Dah berkampung lak kitorang kat headington. sampai la malam lagik.... esoknya dorang ajak gi swindon, nak tengok pinggan mangkuk le tu. Pak salim/kak non lak ajak gi bicester, umah presiden melayu uk. Tapi suma rezuan refused sbb dia ada presentation lak isnin ni. Aku pun tak larat dah ni, penat sejak malam raya lagi tak kebas2.



1 Syawal

12 October 2007

Dah dua tahun aku beraya kat sini, alhamdulillah. Lepas solat raya, sementara kaum-kaum bapak dan bujangan gi solat jumaat, kitorang kemas2 dewan then terus gi umah kak rozie yang berdekatan jer. pastu gi wolfson college, bersakan kat umah kak amy dan kak faez. Malam baru ingat nak balik hehe. Tu pun sambung plak takbir kat umah nash. Last sekali PENGSAN!




Ai'dilfitri pertama buat Nylea



Takbir pagi raya


Hafiy (anak ustaz), Naqeeb dan Izzat Daniel (anak kak faez)

Malam 1 Syawal (11 October 2007)

11 October 07

Ni la hari raya yang paling kontroversi dalam hidup aku. Chewahhh....ayat!! Malam raya tu kelam kabut sikit. Tak macam Malaysia, kita kat sini kena buat decision setiap kali raya. Selalunya ikut MSD, tapi tahun ni ada selisih sikit. Rezuan yang pegang tugas sebagai biro penerangan jadi serba salah malam ni. Nak announce raya pun pikir 10 kali. Eleen kat southampton confirm esok raya, sama gak org2 kat Porthsmouth, London dan kebanyakan tempatt kt UK nih. Berdering2 org tepon and check email nak kepastian. Last sekali atas dasar follow MSD London, majoriti dan bincang ngan Ustaz Habib, melayu Oxford buat keputusan esok raya! Fuh..! cuma malangnya tak sempat nak buat takbir malam raya sebab waktu dah dekat 11.30 malam. Kini baru ku tahu betapa pentingnya Islam menekankan ilmu2 kaji bintang/falak nih. Bila kat tempat orang, baru tahu susahnya keje mufti2 dan penyimpan mohor besar raja2. Hehe.. dan malam ni juga, aku kena pasang apron, start MASAK!! Letih....I tell you...

Anak-anak Gue

Kelam kabutnya blog aku nih. Huhu. Layan jer laaaa. Naqeeb and Nylea, Ibu love you sooooooooo much...





Ramadhan Itu Hari

06 Oktober 2007

Lama tak update blog. Malas. Penat pun ya jugak. Sapa kata dok umah tak penat? Penat weh.
Nih ha, gambar-gambar majlis berbuka puasa bersama-sama beramai-ramai. Kat PDR, Wolfson College. Makanan macam-macam. Banyak lak tuh. Last-last sumer bungkus buat balik.

Ladies' zone - Tengah makan...

Tengah amik makanan...

Cantik tempat nih... view sebelah kaca tu has a very nice courtyard

Acara wajib lepas habis sesuatu majlis. Bergambar!!!

Wednesday, October 17, 2007

Happy Eid Mubarak

Selamat Hari Raya Buat Semua.

Cepatlah datang mood rajin aku nih...

Monday, October 08, 2007

Carrot Stick

Sebagai bukti malas aku, aku tepek gambar jer. Gambar Nylea tgh makan carrot stick. Dia dah ada gigi 2 batang, so dia leh makan dengan bergaya sekali. Ok, bye...