Saturday, December 22, 2007

Aku Takde Idea Nih

23 November 2007

So, aku tepek gambar anak dara den masa umurnya 2 bulan lebih. Masa nih muka dia bulat cam bulan mengambang. Sekarang sedikit kuncup. Pipi mak dia lak yang membelon! Hehehehe. Dulu ramai orang kata kulit dia persis kulit ayah dia. Sekarang sedikit cerah cam aku. Orang kata...bukan aku kata. Eheh.

Alih tajuk lak. Dalam kepala otak aku, macam-macam aku nak masak untuk birthday Naqeeb nanti. Aku memang camnih. Bab masak-masak selalu tamak. Macamla aku ada tangan azimat yang leh buat itu ini. Ingat nak buat nasik lemak la.

Bye.

Wednesday, December 12, 2007

Yeayyy....7 Tahun La Sudah...

22 November 2007

Naqeeb bagitau aku...budak yang baju pink tuh awek dia...erkk..

Aksi biasa Naqeeb

Silas kawan baik Naqeeb

Naqeeb turns 7 today! Aku cium dia puas-puas. Bagitau betapa aku sayang kat dia. Birthday abang ibu tak buat hari nih. Hari Ahad nanti baru celebrate. Kesian dia. Dari bulan 9 dok countdown dia punyer birthday. Penat nak melayan.

Dan di hari yang berbahagia nih, masa aku hantar Naqeeb kat sekolah dia, aku bagi satu plastik besar yang penuh ngan goodie bags kat teacher dia, Mrs Hayward. Suruh dia bagi sorang satu kat bebudak dalam kelas tuh. Kemain suka teacher dia. Macam la aku bagi sumer goodie bags tuh kat dia. Haha.

Dan masa aku amik Naqeeb, memasing budak kelas dia dok pegang goodie bag ngan muka ceria. Dan aku pon gembira tak terkata.

P/s: Lama tak update blog. Ayat pon cam keling! Ooopss...

Nak Masuk 7 Tahun Dah

21 November 2007

Gaya terpacak Naqeeb depan Tesco

Goodie Bags yang aku siapkan.

Esok birthday Naqeeb. Tak celebrate pun. Dah birthday dia jatuh hari Khamis. Tapi aku nak bagi kawan-kawan sekelas dia goodie bag sorang satu. Maka gi lah ke Tesco cari sumer tok nenek cekelat & junk foods untuk bebudak. Malam tuh aku isi jer dalam bag kecik kat atas tuh. Settle satu benda



Tuesday, December 04, 2007

Kosong

20 November 2007


Kepala aku tengah ligat dok memikirkan persiapan birthday Naqeeb 25th November nih. Dalam kepala otak, banyak benda nak masak. Entah sempat ker idak. Ngan nak jaga Nylea lagi. Hoho.

Isnin

19 November 2007




Hari Isnin. Kalo time keje dulu, hari nih la yang paling tak best kononnya. Datang keje muka monyok jer. Office time pepagi tuh sunyi sepi. Bukan sebab takde orang tapi sebab Monday blues.

Dan aku kat sini, kalo start hari Isnin jer rasa cam penat sikit. Sebenarnya bukan penat mana pon tapi sebab Sabtu Ahad dah relax, tuh yang terasa cam hari Senin cam penat tuh. Psikologi jer sumer nih.

Al kisahnya, pepagi kena rushing buat breakfast untuk Naqeeb. Kena make sure Naqeeb pakai uniform nak gi sekolah. Pehtu buat lunchbox dia. Lepas tuh siapkan Nylea plak. Pakaikan dia winter coat.

Pehtu baru la turun menapak ke kereta. Amik pushchair yang kitorang letak kat dalam bonet kereta. Letak Nylea dalam pushchair. Pehtu berjalan la kami tiga beranak menghala ke sekolah Naqeeb. Aku rasa kalo jalan kaki, mau amik masa dalam 10 minit. So, pegi balik kiranya 20 minit la. Wahhh...baguih gak aku exercise cenggitu ekk?? Mesti turun berat badan aku nanti!! Aminnn...

Bila Naqeeb dah masuk kelas, maka berjalan balik plak. Time nih la baru terasa penat. Nak-nak sekarang nih cuaca sejuk manjang. Kadang-kadang cecah minus degreenya. Bila sampai kat tempat parking flat kitorang, kena pulak masukkan pushchair dalam bonet kereta. Masa nih la cabaran sikit sebab satu tangan nak pegang Nylea, satu tangan lagi nak masukkan puschair dalam kereta. Seksa tuh sampai herot berot tudung aku.

Apa-apa pun aku suka hari Isnin sebab hari nih la aku dilahirkan di dunia ini. Yeahhhhh!!

Nota kaki cagu:
Otak aku ligat dok pikirkan persiapan birthday Naqeeb 25 November nih


Ladies Lunch

18 November 2007


Nylea tinggal dengan Ayah yang tengah layan Sin Chan.

Budak kena tinggal

Hari nih ada lunch kat rumah Dr. Noraidah. Dia wat majlis makan-makan bersempena dengan tamatlah sudah pengajian peringkat PhD nya kat Oxford University. Dan dia akan balik ke Malaysia for good pada 11 December nanti.

Kalo ikutkan e-mail yang dia hantar tuh, dia kata lunch nih hanya untuk ladies dan budak-budak dibenarkan datang. Aku tanya Sue, camner dia nak pegi, bawak Adam tak? Dia kata dia leh drive dan Adam dia tinggalkan ngan Nash. Dia kata lagi, kalo bawak Adam takut tak selesa nak berborak. Mmmm...boleh ker aku tinggalkan Nylea ngan ayah dia nih ha?? Naqeeb sah-sah aku tak bawak sebab nama pun ladies lunch.

Akhirnya Rezuan bersuara. Dia kata pergilah, Nylea biar dia yang jaga. Wahhh....first time nih aku tinggalkan Nylea ngan dia dalam tempoh yang agak lama. Selama nih aku tinggalkan Nylea ngan dia sekejap-sekejap jer. Cam aku pegi kedai ker, gi umah Sue pinjam santan ker.

Sebelum pegi tuh, aku dah siap mandikan, tukarkan Nylea punyer diaper, buat susu, etc etc. Rezuan tinggal nak jaga jer.

Lepas settle, maka pergilah aku ngan Sue, Maz & Alynn ke rumah Dr Noraida itu. Perghhh...giler ramai umat manusia. Kat sini cenggini ler...kalo ada makan-makan, Insyaallah meriah. Hehehe. Dan makanannya pon meriah gak. Nasi minyak, kambing masak kuzi, ayam tikka, telur sambal & banyak lagi ler. Malas nak taip.

Borak-borak. Pehtu ada lak sessi bergambar. Aku malas nak tepek kat sini. Nampak sangat kedebaban badan aku kat dlm gambar tuh. Huhu.

Dan itulah ceritanya. Cerita Nylea yang kutinggalkan selama beberapa jam. Rasa lain lak masa kat rumah Dr. Noraida tuh tanpa suami dan anak-anak di sisi. Ellehhh..

Apsal?

17 November 2007

Rajin pulak aku menulis panjang-panjang ekk?? So, relax dulu lah. Tunjuk gambar jer.


Breakfast kitorang di pagi hari. English breakfast. Naqeeb suka sesangat. Dia kata, kalau masak hari-hari camnih pon takper!

Nylea yang camera friendly. Dia nih ko tala jer la kamera kat dia, macam-macam pose dia berikan. Walllaaa...

"Ha nih...tengok gigi saya...nampak?"

Abang pon sibuk nak tunjuk gigi adik. Bangga adik dia dah tumbuh gigi. Dia tak tau tuh...tak lama lagi dia bakal jadi mangsa gigitan adik dia...Hehehehe

Naqeeb bullying Nylea

Nyahkan Lemak-lemak Itu!!

16 November 2007


Hari nih aku berYM ngan makcik aku. Dia nih sebaya aku jer. Bukan setakat makcik lagi, dah jadi cam kawan dah. Bila berYM ngan dia, macam-macam topic kitorang borakkan dan yang wajibnya ialah soalan "Beratmu berapo loning?" atau kalau aku translate ke Bahasa Melayu standard, soalannya adalah berbunyi begini "Berapakah berat anda sekarang?" Ha...gitulah...

Kitorang nih sebenarnya banyak persamaan. Rupa ada iras walaupon dia jauh lagi cun dari aku. Tak best ekk, makcik lagi cun dari anak sedara? Hehehehe. Warna kulit sama. Mak dia cina, nenek aku cina, so mata ada sedikit sepet. Ngeh ngeh. Sama-sama dah kawin dan sama-sama ada anak 2 orang. Dan persamaan yang paling ketara adalah...bentuk tubuh badan!! Hoho. Kalo nak tau, kitorang dulu sama-sama pernah melalui zaman kegemilangan bertubuh ramping. Masa kitorang kawin, masing-masing pakai kebaya sendat tuh. Sekarang? Tidak sama sekali.

Aku tak tau naper lately aku punyer selera makan cukup baik! Rasa lapar manjang. Kadang-kadang aku makan nasi 3 kali sehari. Pagi makan nasik lemak, tengahari melantak nasi campur, malam balun nasik goreng. Kalo dalam portion yang kecik ok lagik, nih kadang-kadang 2-3 pinggan sekali hadap. Ha...amik ko!! Dulu sebelum pregnant kan Nylea, aku penah tak sentuh nasi selama setahun lebey, dan masa anak dara dulu pon aku jarang makan banyak. Sampaikan kalo aku keluar makan-makan ngan kekasih lamaku, mesti last-last dia yang habiskan makanan aku. Cuba sekarang, silap-silap siap tambah order. Wakakaka.

Kadang-kadang aku jealous tau. Ada orang tuh makan leh tahan meriah, tapi badan tang tuh gak. Tuh..wok Adee tuh. Kalo dalam blog dia, manjang gambar makan-makan, tapi body maintan jers. Serius aku jeles tau wok. Agee pon, anak 2 orang cam aku. Tapi muka dan body tak ubah cam 10 tahun dulu. Hishh...So aku wat kesimpulan, aku gemuk nih bukan sebab aku makan banyak. Jangan salahkan aku dalam hal nih. Tapi salahkan lemak-lemak yang cukup setia bertapa dalam badan aku nih. Sayang sungguh dia kat aku. Sikit pon tak nak berganjak.

Buat Mak Adik, my beloved Aunty, tunggu aku balik Malaysia. Kita sama-sama berlawan, siapakah yang akan kurus dulu. Ngeeeeeeeeee

Nota Kaki Cagu:
Soalan tak best...teka berat aku sekarang??

Another 6 Months

15 November 2007


Yaaa....Insyaallah takde aral melintang, lagi 6 bulan balik la kitorang ke Malaysia. Bila diingatkan balik, seronok ada, sedih pon ada. Seronok sesangat sebab selepas setahun lebih tinggalkan Malaysia, aku akan berjumpa keluarga, saudara mara dan kawan-kawan tersayang (cliche nya ayat). Seronok gak leh melantak makanan Malaysia puas-puas (diet hold dua barang seminggu dua..hehehe). Seronok sebab lepas nih, family ada time aku kepayahan kesusahan. Alahai...

Dan sedih la jugak nak tinggalkan UK nih. For sure aku akan rindukan rumah yang aku menyewa sekarang, rindu cuaca yg miserable kat sini. Rindu pada suasana kat sini. Hari-hari aku gi hantar and amik Naqeeb kat skolah. Time nak pegi hantar dan ambik dia tuh, kemain seksa nak pakaikan Nylea punyer winter coat. Kat Malaysia takde dah suasana cenggini. Huhu.

Banyak sebenarnya yang bakal aku rindukan. Nanti nak dekat tarikh balik...lagi banyak aku list. Tengok la nanti. Hehehehe.

Monday, December 03, 2007

Berdua Lebih Baik?

14 November 2007



Sue, kawan aku merangkap jiran sebelah rumah penah bagitau kat aku, "Akak, kalo akak nak keluar mana-mana ngan Abang Wan, keluar tengok wayang ker, tinggalkan jer lah anak-anak akak kat Sue. Sue boleh jaga". Wah...baik kan dia? Tak semua orang rela nak jaga anak orang nih. Nak-nak kalo budak yang dijaga tuh lasak ya rabbi.

Mmm...tak tau naper Sue leh offer bab cenggitu. Mungkin dia tengok aku nih tak penah keluar berdua-duaan ngan suamiku ittiew. Tapi bila difikirkan balik, yes, I have to admit that! Sejak kitorang datang sini, memang tak pernah kitorang suami isteri keluar berdua-duaan. Jauh sekali nak pegi tengok wayang ker, have a romantic dinner ker, jalan shopping-shopping berpimpin tangan ker (ewahhh). Tak macam kat Malaysia dulu. Pantang balik umah mak aku jer, aku mesti keluar ngan Rezuan. Gi tengok wayang la, shopping la, karaoke la, main bowling la, makan la. Naqeeb aku tinggalkan ngan mak aku. Lagipon adik-adik aku ramai yang membantu. Pehtu maid aku si Efi tuh leh harap bab-bab jaga Naqeeb nih.Hihihi.

Sebenarnya bukan aku tak hingin. Teringin sangat sebenarnya. Tapi ada perkara-perkara yang membataskan. Antaranya, takde orang nak jaga permata-permata hati ibu ittiew. Memang la Sue ada offer. Tapi aku tak suka nyusahkan orang. Dia pon ada anak yang nak dijaga. Kang ditambah plak anak aku 2 orang tuh, mau gegak gempita rumah dia. Dah la Nylea nih pantang tak nampak muka aku. Dan aku plak, sejak jaga anak sendiri nih, rasa macam tak percaya dah kat orang.

Itu bab keluar berdua, dalam kereta pon sama. Mak aku penah bagitau kat aku dulu. Seelok-eloknya suami isteri kalo naik kereta, biarlah sama-sama duduk seat depan. Jangan sorang duduk seat depan, sorang duduk seat belakang. Nampak tak manis kata mak aku. Masa mak aku cakap tuh, aku senyap jer lah sebab kitorang suami isteri bukan macam tuh. Kitorang nih masuk jer kereta, dari mula bertolak hingga sampai ke destinasi borak tak berenti-renti. Abis sumer topik keluar. Nak-nak aku nih. Macam-macam cerita aku bebelkan sampai Rezuan kata, kalo takde aku masa dia drive, dia mesti ngantuk. Haaa..kuat tuh aura bebelan aku.

Tapi bila sampai sini...nahh...kitorang pon termasuk dalam golongan itu. Nak wat camner, undang-undang kat sini diwajibkan budak bawah 10 tahun pakai car seat/booster. Takde pangku-pangku der. Pangku kalu, saman menanti!! So nak tak nak kena la pakai jugak. Dan sudahnya, Naqeeb dok seat depan ngan ayah dia dan aku duduk seat belakang jaga Nylea.

So, bila dipikirkan balik, takper la. Adat la tuh, orang ada anak kecik. Dan adat la tuh...duduk di rantau orang. Keluarga saudara mara takde kat sini. Takper...6 bulan jer lagi. Horeyyyy

Nota Kaki Cagu:
Berdua lebih baik?? Tapi bertiga berempat lebih afdal kan? Ngeh ngeh ngeh

Saturday, December 01, 2007

Dua Sekawan

13 November 2007




Ini hari kawannya si Naqeeb, Silas datang umah kitorang. Dah lama dia tak datang sini. Asalnya Naqeeb yang pergi rumah dia dulu. So, sebagai balasan, aku ajak la pulak si Silas nih datang rumah aku. Baru adil kan? Hahaha...boleh gituh?

Satu yang aku suka kat budak rambut blonde tak hengat nih, dia sangatlah polite, berdisiplin dan bijak. No wonder la. Bapak dia lecturer bertitle Dr. kat Chemistry Department, Oxford University. Mak dia plak ada 2 degree, tapi malas nak keje. Nih mak dia la yang cakap. Tipu mak dia, tipu la aku.

Mak dia penah bagitau aku yang dia tak pernah bagi anak-anak dia makan crisps atau jajan sumer bagai. Padahal dia tak tau, aku penah bagi Silas makan crisps masa Silas tunggu mak dia datang jemput kat sekolah. Silas plak laju jer makan. Huhu. Pehtu lagi, setiap hari dia bacakan buku kat anak-anak dia (aku pon buat gak yang nih!!). Dan masa tido dorang ialah pukul 7 malam.

Okay, masa dia kat umah aku, aku hidang pizza, fish and chips & cookies. Sebelum aku masak tuh, aku tanya dia:

"Do you like pizza?"
"Yes, everything will do, but my favorite food is pork"

Erk..

Punya la seronok dorang main PS2 sampai si Silas tuh tak nak balik.


Friday, November 30, 2007

Sejuk Dah Mai Dah

12 November 2007

Naqeeb ready nak gi sekolah

Bertutup litup ini awek!

Suasana kat dalam classroom Naqeeb

Hari nih cuaca sejuk lagi. Giler sejuk!! Dan akhir-akhir nih jugak aku jadi busy sesangat. Aku bangun pukul 3 pagi. Pehtu solat subuh. Lepas tuh lagi buat breakfast. Kol 8.30 pagi aku gi hantar Naqeeb gi skolah. Bila time sejuk nih, yang lecehnya, nak bersiap tuh amik masa mau 15 minit. Tuh tak kira lagi nak pakaikan Nylea baju sejuk. Meronta-ronta budak nih tak nak. Bila gi ngantar Naqeeb tuh, satu badan kejung. Memang sejuk ler.

Balik umah, kemas apa yang patut. Jeling-jeling internet. Pehtu masak. Pehtu amik Naqeeb kat sekolah. Pehtu masak utk dinner plak. Pehtu pehtu pehtu pengsan!!

Cik Porah Nak Kawin

11 November 2007

Hari nih aku called mak aku. Sajer tanya khabar. Adik aku Cik Porah nak kawin tak lama lagi, so nak amik tau la. Pelamin dah siap ker, baju dah tempah ker, mak andam dah book ker. Tapi yang tak bestnya masa aku call tuh mak aku tak berapa sihat. Cam biasa mak aku kata takder apa-apa. Demam sikit jer. Tapi aku tau, mak aku tengah penat dan risau dok memikirkan perkahwinan adik aku tuh. Mak aku penah cakap, bila aku takde nih, susah sikit. Mmmm...

Aku tau keje-keje kawin nih bukan mudah. Fening kefala dibuatnya. Dah la mak ayah aku tak berapa sihat. Bila time cenggini baru la aku tau yang pertolongan sememangnya amat-amat diperlukan. Kesian kat adik aku Lina yang baru abih pantang. Terpaksa ke hulur ke hiliaq bawak baby dia yg kecik tuh semata-mata nak tolong Cik Porah cari barang-barang kawin dia. Huhu.

Buat Farah, selamat menempuh hari bahagia.

p/s: Gambar atas tuh, Naqeeb tengah tunjuk hasil lukisan dia. Pandai ekk dia melukis? Ngeee



Wednesday, November 28, 2007

Nylea-Budak Yang Suka Berjaga Malam

10 November 2007

"Hey youuu...stop snapping my picture!!"




Apakah Hobi Anda?

9 November 2007






Hobi saya ialah membaca, mengumpul setem dan menonton tv.

Hehehehe. Korang ingat dak masa sekolah rendah dulu, ada satu file pelajar dan di dalamnya terdapat sumer info pasal kita. Dan kat satu ruangan tuh, ada ruangan hobi. Maka ditulisnya hobi korang. Dan hobi aku...tuh macam kat atas tuh. Membaca, mengumpul setem dan menonton tv. Manyak tipu. Entah masa bila aku kumpul setem pon aku tak tau. Wakakaka.

Sampai sekarang aku tak tau apa hobi aku yg sebetul-betulnya. Kalo ikutkan aku suka memasak. Jangan tak tau Cik Senah, hubby ngan anak aku amat lah menggemari masakan aku tuh. Melancong pon yer gak. Pantang ada duit sket, maka pergila memana yg kitorang nak pegi.

Tapi satu benda yg memang aku tak suka ialah bercucuk tanam. Aku tak mengikut mak ayah aku yg suka bercucuk tanam/berkebun. Mak aku cukup suka bunga sampaikan rumah mak aku cukup meriah ngan pokok-pokok bunga dan ayah aku plak kalo dia berkebun, wahhh...sumer menjadi hasil tanaman dia. Aku ingat lagi masa aku mula-mula kawin dulu, umah aku nampak togel jer. Takde bunga langsung. Takde seri orang kata. Maka mak aku pon sanggup bawak pokok-pokok bunga dari Seremban ke Rawang. Masa mula-mula tuh nampak segar bugar, subur pokok tuh. Dapat kat aku, terus mandul pokok tuh. Wakakaka.

Lagi satu, menjahit pon aku tak minat. Jangankan menjahit baju, jahit butang baju pon aku tak reti. Takde seni ekk aku nih.

Sekian, kisah saya dan hobi saya.

Tuesday, November 27, 2007

Lapan Bulan

7 November 2007

Ini hari Nylea genap usianya 8 bulan. Punya la lasak budak nih. Kalah abang dia masa kecik dulu. Abih sumer ceruk dia nak masuk. Abih sumer benda dia jumpa masuk mulut. Pehtu lagi, dia kerap berjaga malam la. Kadang-kadang 2-3 kali dia bangun tengah2 malam buta. Fenatt oo...tak cukup tido dah aku nih. Sebab tuh la blog nih lama tak berhapdet. Ngeeee....



Tengok...tengok...anak dara nih tido...kurang sopan tuh dik!!



Anak-anak gue sumernya tido cenggini...meniarap...cuma Naqeeb ala-ala sopan sopan malu gittiew..

Friday, November 23, 2007

Ayah Dorang Punya Keje La Nih





Saturday, November 10, 2007

Aku Tak Suka Thauuu!!


Kenapa la dalam dunia nih ada orang yang suka amik kesempatan atas kebaikan orang lain? Kenapa hah? Aku cukup menyampah orang cenggini. Kalo la orang tuh ada depan mata aku...mau aku sepuk dia kasi bisu seminggu!! Bodoh bahalul tau. Eeee...aku benci!!

Dah...aku tak nak menambahkan dosa kering aku.

Auta Ekk??!!



Cuba tengok gambar-gambar kat atas tuh!! Nylea beria-ia menangis. Sebenarnya bukan menangis pon. Air mata setitik pon tak keluar. Dia auta jer tuh. Saja buat-buat nangis dengan harapan aku amik dan dukung dia. Nanti kalo aku amik dia, dia senyap la. Siap gelak-gelak lagi. Aku dah hafal dah skrip budak nih. Wakakakak...no more auta2 haaa!!

Tapi dia nih lain sikit la dengan abang dia. Naqeeb dulu rasanya senang jer nak jaga. Time dia tido, dia tido. Time jaga dia jaga. Yang adik dia nih...ya ampunnn...ikut sedap dia jer nak wat timetable sendiri. Kadang-kadang terjaga pukul 3 pagi terus tak tido sampai sudah. Aku gak la yang kena melayan dia. Pehtu kalo nak tido, mesti cari rambut sesapa untuk ditarik-tarik. Nih...dah nipis dah rambut mak dia nih.

Apa apa pun...Ibu sayaaaanggg Nylea. Mmuahh mmuahh..


Friday, November 09, 2007

Fireworks

Malam 3 November lepas kitorang anak beranak pegi umah Kak Mira & Dr Kalai kat Wolfson College. Tujuannya nak tengok pertunjukan bunga api yang tak semenggah mana. Yang bestnya Kak Mira buat makan-makan malam tuh. Rajin tau akak comel nih. Bab masak kemain happy lagi dia. Masa aku bagitau dia yang aku nak datang rumah dia nak tengok fireworks tuh, dia kata "Eh, datang la M...datang la. Tapi M jangan bawak apa-apa tau. Datang jer". Bila dia cakap cenggitu, tetiba aku terasa cam nak bawak something plak. Giler ker apa aku nih. Dah orang kata jangan bawak, aku lak nak bawak something. Tak best ler pegi tangan kosong. Maka dimulai dengan kalimah Bismillah, aku pon bikin kuih seri muka. Aku kena baca Bismillah kalo masak. Kalo tak mesti tak menjadi. Serius tak tipu. Pong pang pet pot...maka siaplah Seri Muka aku tuh. Dan pergilah termonyeh-monyeh kitorang anak beranak ke rumah Kak Mira dan Dr Kalai ittiew.

Sampai sana, Kak Mira dah ready ngan pizza, roti canai, kuah dalca, kuih muih sumer bagai. Malina belanja ayam goreng, Kak Amy bawak desserts sumer bagai. Dan aku...bawak seri muka. Nasib baik aku bawak something. Kalo idak mana aku nak taruk muka aku yang bulat nih? Malu tuh...datang tangan kosong jer.

Maka makan la kitorang ngan makanan yang maha meriah ittiew. Aku tak berapa sedap badan masa tuh. Tapi makan laju lak. Sumer aku bedal kecuali roti canai, aku kurang sikit ngan roti canai nih. Borak-borak, gossip-gossip. Pukul 8 malam tepat, sumer gi keluar rumah, tengok pertunjukan bunga api nuh. Aku tengok-tengok cenggitu jer. Dalam hati aku kata "Bodohnya la sapa yang buat nih...wat perabih duit jer". Motifnya? Halloween kot.

Lepas setengah jam dok poom poom poom poom, maka tamatlah sudah. Masuk umah Kak Mira sambung makan balik. Tetiba lak aku rasa ngantuk. Aku jeling-jeling kat hubby aku ajak balik. Aihhh...tak nak balik lak dia nih. Leh lak dia kata..."kejap lagi". Huhu..

Apa-apa pun aku enjoy malam tuh. Bukan sebab fireworks tuh...tapi sebab jumpa kawan-kawan, borak-borak.

P/s: Panjang la pulak karangan kali nih...Ekekekekeke