Tuesday, December 04, 2007

Isnin

19 November 2007




Hari Isnin. Kalo time keje dulu, hari nih la yang paling tak best kononnya. Datang keje muka monyok jer. Office time pepagi tuh sunyi sepi. Bukan sebab takde orang tapi sebab Monday blues.

Dan aku kat sini, kalo start hari Isnin jer rasa cam penat sikit. Sebenarnya bukan penat mana pon tapi sebab Sabtu Ahad dah relax, tuh yang terasa cam hari Senin cam penat tuh. Psikologi jer sumer nih.

Al kisahnya, pepagi kena rushing buat breakfast untuk Naqeeb. Kena make sure Naqeeb pakai uniform nak gi sekolah. Pehtu buat lunchbox dia. Lepas tuh siapkan Nylea plak. Pakaikan dia winter coat.

Pehtu baru la turun menapak ke kereta. Amik pushchair yang kitorang letak kat dalam bonet kereta. Letak Nylea dalam pushchair. Pehtu berjalan la kami tiga beranak menghala ke sekolah Naqeeb. Aku rasa kalo jalan kaki, mau amik masa dalam 10 minit. So, pegi balik kiranya 20 minit la. Wahhh...baguih gak aku exercise cenggitu ekk?? Mesti turun berat badan aku nanti!! Aminnn...

Bila Naqeeb dah masuk kelas, maka berjalan balik plak. Time nih la baru terasa penat. Nak-nak sekarang nih cuaca sejuk manjang. Kadang-kadang cecah minus degreenya. Bila sampai kat tempat parking flat kitorang, kena pulak masukkan pushchair dalam bonet kereta. Masa nih la cabaran sikit sebab satu tangan nak pegang Nylea, satu tangan lagi nak masukkan puschair dalam kereta. Seksa tuh sampai herot berot tudung aku.

Apa-apa pun aku suka hari Isnin sebab hari nih la aku dilahirkan di dunia ini. Yeahhhhh!!

Nota kaki cagu:
Otak aku ligat dok pikirkan persiapan birthday Naqeeb 25 November nih


No comments: