Monday, April 14, 2008

Nylea, Naqeeb dan Snow










Dah lama aku tak bleh nak hupdate blog ni. camana pun, aku kena guna masa yang ada ni untuk posting so takdela blog ni nanti abandoned dan kena takut2 kalau di'hang'kan oleh owner. ada sket je yang sempat nak tambah untuk hari nih.. dapat gak Nylea rasa snow buat pertama kali dalam idup dia. At least complete la hidup dia kat sini sebelum balik mesia nanti.



Wednesday, February 20, 2008

Pergi Sheffield la Pulak

05 January 2007

Aku berjalan lagi. Kali nih pegi Sheffield plak. Pegi sana sebab nak jumpa kawan kepada ayah mertua aku. Orang Shah Alam gak dia nih. Nama dia Abang Kamil. Wife dia nama Kak Maz. Anak ada 4 orang. Ok dah...takyah citer lebih-lebih. Kalo aku tipu pon kurang bukan tau pon. Wakakaka.

Perjalanan amik masa dalam 3 jam lebih gituh. Fuuuh. Lasaknya Nylea dalam kereta usah diceritakan. Sampai jer kat umah dia, makanan tersedia sudah. Ada kari ayam, sayur campur dan sambal belacan. Slurrp. Aku makan tak banyak. 2 pinggan jer. Tuh pon sebab habiskan nasi Naqeeb. Hihi.

Lepas borak-borak, sesi bergambar sumer bagai, maka kami minta pulang. Tapi singgah jap bandar Sheffield. Ok la bandar dia. Tak macam bandar orang putih pon. Pakistani jer yang ramai kat sini. Dah macam kat Karachi jers. (aku tak penah pon pegi Karachi. Kuikuikui). Tapi serius, ramai gilerrr orang Pakistan kat sini. Dah macam perkampungan dorang la pulak. Mesti dorang ekk kan? Eheheh.

Kitorang singgah kat Meadow Hall. Kata anak abang Kamil, Maisarah, Meadow Hall merupakan shopping mall terbesar kat UK. Memang pon. Punyer la bagak...penat nak berjalan. Dan sekali lagi, orang Pakistan ramai kat sini. Tak shopping apa pon...juz tengok-tengok telatah orang!

Sebelum balik tuh, singgah pekena nasi beriani kat satu restoran pakistan. Sedap. Banyak lak tuh sampai tapau wat balik umah.

Pehtu balik. Pehtu sampai umah. Pehtu tido.

Thanks abang Kamil sekeluarga atas layanan yang amat mesra.


Sumer senyum maintain tak nampak gigi...

Encik Kamil dan Encik Razali

Kaum Adam

Kat depan Meadow Hall...

Thursday, February 14, 2008

Bidiyo

On the way nak gi Holy Island itu hari. Dia punyer angin....fuuuuh...sib baik body aku mantaps...huhu...


video

Epi Nuye 2008

01 January 2008


Tahun baru ini hari. Rezuan bawak papa mama gi Bicester, tempat shopping terkemuka di Oxford ini. Ehehehe. Aku malas nak gi. Selain dari penat berjalan tak kebah-kebah lagi, aku rasa dah-dah la tuh bershopping. Aku nak kurangkan nafsu shopping aku tahun nih. Nak jimat duit. (Kata aku separuh sedar). Padahal masa kat York itu hari, aku dah sambar set periuk Tefal yang harga 80gbp. Sedangkan ada gak set Tefal yang reganya 30 atau 50 pounds. Tapi aku lagi tertarik yang 80 pounds ittiew. Rezuan tanya aku naper nak yang 80 pounds tuh? Kalo amik yang murah punya tak boleh ker? Ehhh...tak boleh, kalo pakai yang 30 pounds punyer nanti masakan cepat hangit. Nanti masakan jadi kurang sedap. Ehehehe. Perempuan dan nafsu!!

2008 juga aku akan pulang ke Malaysia. Yeyehhh....sob sob. Rezuan dijangka habis belajar pada bulan June. So mungkin bulan tuh jugak ler kitorang balik Malaysia. Rindu ler kat Malaysia. Kat orang-orang di sana, especially abah aku. Rindu nak peluk abah!!

Selamat datang 2008!! Berikan aku sinarmu!!

Wednesday, February 13, 2008

Winter Blues

31 December 2007

Cantikkan pelangi ittiew? Nih masa kat mana ntah...on the way nak gi Holy Island kalo tak silap. (aku nih manjang lupa nama tempat...maklum nak masuk 30 la katakan...blrrrr)


Hari nih aunty sekeluarga akan terbang balik Malaysia. Tapi dorang bukan terbang pakai sayap memasing tapi pakai sayap Emirates. Wakakakak...aku wat lawak yang aku sorang jer boleh gelak. Buat aunty sekeluarga, terima kasih sebab sudi datang ke rumah mini * kami. Maaf kalo ada kekurang itu ini dan terima kasih bebanyak atas segalanya. Nanti kita jumpa di Malaysia aunty yer?

Dan hari nih cuaca sejuk gilers. Sekali angin datang..perghhh...perit kulit muka termasuk tulang temulang. Nasib baik aku ada lapisan lemak asli yang tebal. So tak terasa sangat. Wakakaka..lawak kedua kalinya. Kalo ikutkan forecast, lagi 3-4 hari dijangka turun snow. Wahhh gituh...sukanya rasa di hati. Tak sabar nih. Bukan apa, aku suka nengok salji. Cantik putih. Lagipon nak kasi mak ayah mertua aku dan anak aku Nylea merasa camner rasa salji tuh. Tapi kadang-kadang forecast kat BBC tuh bukan leh percaya sangat. Kata esok ujan..tup tup panas terik. Kata esok akan terang benderang tup tup mendung kelabu.

Bagi aku la kan, winter nih membuatkan aku lembab...selembab cuacanya. Nak mandi..sejuk, nak tido...tak selesa, nak keluar...malas nak pakai baju tebal-tebal. Tapi makan ok plak. Laju semacam. Nak wat camner time-time sejuk memang sedap makan. Rasa cam sumer sedap. Nak nak lagi tengah ramai orang cenggini. Wah...cam berlumba-lumba mengunyah gituh sambil bergosip-gosipan. Jangan tak tau, gosip family belah Rezuan kalah gossip artis kat Malaysia thau. (aunty Rezuan yang cakap, bukan aku). Eheh.

Dan winter nih adalah winter terakhir bagi aku kat sini. Time aku mengeluh kesah kata yang winter nih sejuk sumer bagai, Rezuan selalu kata, hargailah suasana cenggini. Esok balik Malaysia dah tak dapek dah nak rasa exactly like this. Iyo lah...

p/s: Aku selalu panggil rumah aku nih rumah mini sebab rumah den kecik yo but ai laikkk...

Kat Newcastle

29 December 2007

Hari nih ke Newcastle la pulak. Penat la berjalan kali nih. Mungkin sebab Nylea makin lasak kot. Keta lak penuh ngan muatan orang dan barang. Wakakaka. Newcastle bagi aku bandarnya moden. Tak macam bandar-bandar lain kat England. Semuanya lebih kurang sama jer. Tapi Newcastle sikit berbeza.

Masa kat sini kitorang makan ikut dan jer. Main belasah jer. Beli jajan berbungkus-bungkus. Susahnya kalo berjalan kat negara kapir cenggini. Huhu

Maka tamatlah sudah kembara kami ke utara England. Kalo ikutkan, our next stop kat York, tapi ada problem ngan hotel, maka cancel, terus balik umah.

Lega bila sampai umah. Kitorang yang rindukan makanan yang ada unsur-unsur pedas terus belasah mee goreng. Aku masak 2 bungkus. Licin habis.

Zzzzzz...tido...penat!!


Aku dan dia berlatarbelakangkan bandar Newcastle. Cantikkan? Err...maksud aku pemandangan kat belakang ittiew. Hihiks.

Budak notty tak hengat!!
Father and son!!


Yeahhhh...lompat...lompat!!

Tuesday, February 05, 2008

Holy Island

28 December 2007

Nih plak gambar-gambar masa kat Holy Island, on the way nak gi Newcastle





Nah Adee...Scotland Ku Persembahkan

27 December 2007

Hari nih lokasi seterusnya adalah Edinburgh ya tuan puan. Saksikan lah. Eheheheh

Memang cantik Edinburg nih. Nak-nak masa kat Edinburgh Castle. Cuma cuaca sejuk melampau. Kalo ikut forecast, snow turun masa nih. Tapi tarak pong. Esoknya baru turun. Melepas nak tengok snow kat Scotland. Tapi yang baiknya, bila drive jalan tak licin.


On the way nak gi Edinburgh






Naqeeb kat Edinburgh Castle







@Manchester

26 December 2007

Kitorang bermalam kat Manchester ini hari. Menggeletar kepala lutut sebab tak jumpa nasik. Last-last makan jer la kebab tuh. Uhuhu..
Adik ipar aku yang baru (ehehe) Mamat kata aku nampak berisi dalam gambar-gambar nih. Oiit...jangan salahkan aku. Salahkan baju-baju tebal ittiew. 4 lapis ok!!


Tuesday, January 29, 2008

@Liverpool

26 December 2007

Sakit ati la ngan blog nih. Asal aku attach gambar jer ilang...asal aku attach gambar jer ilang...hishhh...





Monday, January 28, 2008

@Cardiff, Wales

25 December 2007

Pukul 4 pagi aku bangun nak masak nasik goreng. Pehtu siap-siap nak bertolak ke Cardiff. Sampai kat Cardiff, isi perut memasing. Pastu ronda-ronda sekitar bandar yang sunyi sebab masa tuh krismas. Banyak mat salleh balik kampung. Tapi ada gak pepagi krismas tuh sorang dua tengah berjogging. Tempat-tempat yang kitorang pegi - Cardiff Bay & Cardiff Castle. Tengok gambar jer lah. Malas nak tulis. Eheh












Semput aku nak mengangkat budak nih!!