Thursday, September 27, 2007

Tiga Darjah Celcius

Masa aku kekecik dulu aku suka bayangkan camner la sejuknya cuaca kat luar negara. Pada otak pemikiran aku, lagi sejuk lagi bagus ! Kalo tengok dalam suratkhabar ker, televisyen ker, ada plak org tgh pakai baju tebal-tebal, jalan-jalan kat kawasan yang basah licin, pehtu bila bercakap kuar asap berkepul-kepul, fuuuh...bestnya la hai!! Rasa cam bertuahnya orang tuh. Pehtu kalo aku pegi Cameron Highlands ker, Genting Highlands ker... memang rasa cam kat obesi abisss. Pakai jacket manjang. Makan strawberry pon tersengih penuh bangga. Feeling feeling over, ok!! Wakakaka.

Tapi tuh citer masa aku kecik-kecik dulu. Masa masih di sekolah rendah. Cerita 20 tahun yang sudah. Dan sekarang, bila aku sendiri alaminya, erkk....peritnya musim sejuk! Sekarang dah masuk autumn. Dan cuaca semakin hari semakin sejuk. Hari nih cuaca kat Oxford 3 degrees. Kat belah-belah atas cam Newcastle, Scotland dorang kata dah sampai negative suhunya. Perghh. Aku anak beranak dok srettt srettt selsema. Nylea aku pakaikan 4 lapis baju. Seksa kemain nak pakaikan baju kat ini budak. Menggeliat meronta-ronta dia tak nak. Hishhh...rasa cam nak cubit jer. Oopss... Pehtu bila nak hantar Naqeeb gi sekolah, merah pink hidung aku. Sejuk weh!!

Bila nak berjalan pon satu hal. Kena bawak baju tebal-tebal. Berat lak rasa diri. Tak pakai stoking tak sah! Dan time nih gak la bil elektrik mencanak-canak naiknya. Pehtu nafsu nak mandi pon kurang. Cam aku nih ha...dah berhari-hari tak mandi...wakakakak!!

Apa-apapun syukur pada Allah atas segala kurniaanNya pada aku sekeluarga. Ok la...ngantuk nak tido. Papai...


Happy 14th Birthday to my beloved brother, Izat Izham @ AC ( yang baju ijau tuh ha) . Belajar rajin-rajin ye dik. PMR biar dapat straight As. Rindu kat AC. Btw, birthday dia 9 September.

Hepi Hepi Birthday Nash!!

16hb itu hari Sue buat birthday party utk suaminya nan tercinta, Nashrul. Ekceli birthday nya Nash 13 hb. Tengok gambar yuk...Gambar tak ikut susunan. Belasah jer lah. Malas nak edit. Wakakaka. Buat Nash, Selamat Hari Lahir yang ke 27.

Sue, orang kuat birthday party ini. Kak Nun ngan Kak Faez.

Fitty yang ayu lagi manja. Sempat dia sengih time aku tala kamera. Padahal masa tuh dia tgk bergayut ngan mak dia. Ehehehe.

Sapa nak basuh nih?

Makanan yang berjaya dibelasah oleh kitorang. Lapar beb!!

Memandang pada satu arah yang sama. Hihi..

Nash tgk potong kek. Kesian Naqeeb. Bersinar-sinar mata dia. Wakakaka

Di sini kami berkumpul :)


Kek cekelat yang Kak Faez sponsor. Sedap. Naper la aku tak pandai2 nak buat kek hah?

Wednesday, September 26, 2007

N.Y.L.E.A

Tengok gambar jer la ekk. Malas nak menulis. Wakakaka.
Gambar-gambar anak dara aku dengan berbagai aksi, gaya dan rupa. Chewaahhh...


Lagi aksi mata terbeliak. Sekarang dia dah pandai tepuk tangan ngan babai. Cute!!


Budak nih tau bila masa aku nak amik gambar dia. Elok jer sengihannya ittiew.

Masa kat rumah Kak Faez. Sedap dia tido atas sofa kulit lembu ittiew. Hihiks



Benda alah nih kitorang beli kat car boot. Sekejap jer dia main. Pehtu dah tak heran! Huhu

Lepas mamam. Still cute kan? Ehehehe.

Dah. Sekian

Lazy + Busy = Labu

Gilerr penat. Tuh pasal blog nih dah lama aku tak update. Busy ler. Pepagi aku dah kena ngantar Naqeeb gi sekolah. Nylea pon ikut sama aku bawak naik pushchair. Pehtu balik umah kemas umah ala kadar cukup syarat. Ekekekeke. Pehtu lagi melayan cik adik yang asyik nak berdukung jer kejenya. Sampaikan kekadang aku wat keje pon guna sebelah tangan jers. Sebelah lagi dukung dia. Huhu. Pukul 2.40 petang dah kena kuar rumah amik Naqeeb kat sekolah. Sampai rumah jer terus ready nak masak untuk berbuka. Lepas berbuka basuh pinggan sensorang. Lepas tuh semayang, baca buku Naqeeb. Last sekali PENGSAN!!

Bedebussshhh. Nahh...amik ko!! Nylea membelasah Dr. Kamarul. Cute tau doktor nih. Kecik molek orangnya. Sebaya ngan aku tapi aku lagi besar dari dia. Ooopss!!

Nih gambar masa terawih kat Wolfson College Sabtu lepas.

Terawih kat umah aku. Setiap Rabu.

Nasi Iran katanya. Fitty beli kat London. Sodapp...kolesterol tinggi tuh

View from my room. Headington Farmers' Market nak start 28hb nih kat depan rumah aku. Best tuhhh...

Monday, September 17, 2007

Happy Birthday Adee!!

Selamat Hari Lahir Yang Ke 29 buat Ardiyanti Mohd Noor aka Adee tanggal 16 September. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, ditenangkan hati & cepat dapat laki. Ooopss...Wok Adee, may your life be filled with all the joys and happiness bebeh!! Aku rembat gambar nih dari blog hang. Ko nak marah, marah la. Hihiks.

Jeles thauu!! Dia punyer birthday dapat cupcakes. Aku? Kad sekeping pon illek. Huhu...

Cupcakes buatan Effa. Dari Agee kepada Adee :) Bravo Paaa!!

Amer Tengah Masak

Bagus tau mamat nih. Sesuai dibuat menantu. Sanggup datang tolong aku masak-masak itu hari. Amer, architect kat London. Single lagik. Takde makwe katanya. Cam tifu jerk. Minat masak & minat budak.

Tengah kupas bawang. Halus potongannya. Hihiks.

Tengah goreng apa tatau!! Aku sebok dok amik gambar dia.

Cerita Bergambar...Hihiks


Naqeeb dah masuk Year 2 pada 5 September lepas. Maka pepagi terpaksa la aku prepare breakfast kat dia. Tak payah mana. Cereal jerk. Tabur cereal dalam bowl, pehtu curah fresh milk. Ngappp!


Tengok Naqeeb tuh. Suka sangat buat muka depan kamera. Camner la aku tak de mood nak amik gambar dia. Cik adik gak sporting!


Naqeeb & one of his best friend, Hafiy. Dorang nih sebaya. Picture taken during our visit to Cambridge last August.



Anak-anak aku tgh tido. Time nih la aku nak mengulor depan laptop. Nyaman rasanya!


Sunday, September 09, 2007

Makan Jer lahhhh

Antara aktiviti-aktiviti makan kami sekeluarga di sini. Hihiks. Melantak jerk kejanya. Camner tak kurus!!

Sarapan bersama-sama temanya!! Breakfast kat umah Sue. Aku masak sambal ikan bilis. Dorang selalu puji sambal aku. Sedap kata depa. Beralun-alun kembang hidungku. Hihiks

Pada hari yang sama. Dinner plak. Kali nih kat umah aku. Aku wat nasik ayam. Kelam kabut mak! Orang dah datang tapi aku still dok menggoreng ayam, nasik plak ala-ala tak berapa masak. Ntah apa la dosa aku hari tuh. Fuh sana fuh sini, Alhamdulillah selamat. Licin plak tuh :)

First day sahur bersama Fitty & Farhan. Double F nih students baru yang akan sambung masters kat Oxford nih. Dorang tumpang tidor umah aku sementara nak dapat rumah sewa. Aku tabik spring toing toing kat depa berdua nih. Anak VIP yang tak berlagak. Very down to earth!

Haaa...dapat pun!! Punyer la lama teringin nak makan burger ala-ala Malaysia. Akhirnya jumpa kat kedai Pakistani. Bertambah meriah kolesterol kat badan kitorang! Huhu...

Tempe masa beli kat Merdeka Carnival London itu hari. 2 pounds sebungkus. Boleh la. Masak sambal pon sodap!!

Majlis doa selamat & menyambut Ramadhan yang dibuat kat umah Kak Faez & Abang Syam. Abang Syam dah dapat working permit selama 5 tahun. Bermastautin di sini la dorang nampak gayanya. Ngeeee...


Tuesday, September 04, 2007

Blog Siapa Yang Paling Banyak Gambar?

Jawapannya: Blog aku. Hahahahah. Adee, soalanmu terjawab sudah. Ko pon dah rajin letak gambar manyak-manyak. Good...sedikit sebanyak mengurangkan rasa bersalah aku yg menyalahgunakan blog. Hihiks.










Diari Hari Ini - St. Giles Festival

3 September 2007

St. Giles Festival

Hari ni, Kak Faez ajak gi dinner umah dia. Sebelum tuh, kitorang gi Tesco untuk cari barang2 rumah and singgah jap Boots untuk beli susu Nylea untuk stock sebulan. Harga barang kat sini memang murah (asal jangan convert la) tapi yang masalahnyer, harga dia tak tentu. Tiba2 je naik, so kalau rasa ada sale atau murah jer, baik beli borong. Lagi satu petrol kat sini tak macam Mesia. Each petrol station letak harga ikut suka dorang jer. Kalau kat Headington harga 93.9p/liter, kat Marston mungkin 96p/liter, kat London 98/liter. Pulak tu, harga dia berubah2 setiap hari. Kita boleh tengok harga tu terpampang besar kat tiang iklan depan station memasing. Unik kan? Kuasa membeli kat tangan pengguna! Ehh.. melalut jadi pemerhati ekonomi lak aku nih.

Berbalik semula kat St. Giles ni. Event ni setahun sekali. Tu pun 2 hari jer. Walaupun dorang pasang sumer rides kat atas jalan jer, tapi Rezuan kata jauh lagi extreme dan interesting dari semua theme park yang kitorang dah pergi. Murah lak tu.





Rezuan salah sorang dari mangsa bendalah ni

Carboot Sale

2 September 2007

Ntahla, memang geng kat sini sumer tengak galak nak jalan agaknyer. Maklumla, summer dah nak berganti autumn. Sebelum sejuk, baik puaskan berjalan dulu. Kalau dah winter nanti, semua dok berkampung dalam rumah jer. Lagipon, sekolah n university dah nak start semula. Semalam, baru je sampai Oxford, dorang dah pakat ajak gi carboot sale esok (hari ni la tuh). Okay kan jer la. Lagipon bukannyer jauh pon. Barang kat sini murah2 giler, infact baju yg baru2 pon dorang jual dalam 20pence - 1 pound jer. Okay la, abis 10 pounds pon, banyak barang yg dapat bawak balik. Tengah belek2 barang, Nash called ajak gi makan kat Colling Dale, London. Situ banyak oriental foods, makan Mesia pon banyak, termasukla roti canai. Tapi semua dah tak larat, penat... hehe, sebenarnya pocket yang 'penat'. Sebelum balik, Kak Faez ajak lak gi umah dia esok for dinner. Masa yg sama dia ajak temankan gi St. Giles Festival, lebih kurang cam Fun Fair la. ...to be continued....

Merdekaaaaaaaa

1 September 2007

Malas nih! Penat pegi Brighton/Portsmouth itu hari tak kebah-kebah lagi.

Apa-apa pun, Selamat Hari Merdeka buat Malaysia nan tercinta yang ke-50!

Dan sehari lepas hari Merdeka tuh, kitorang pegi Brickendonbury, London. Nak sambut hari merdeka la. Banyak giler makanan Malaysia boleh dapat kat sini. Free? Takde maknanya free, kena beli beb. Mahal lak tuh, ada yang jual aiskrim asamboi satu batang 50p. Huh?!

Artis yg datang nak hiburkan kitorang -Shahrizan jerk. Apa la...jemputla Anuar Zain ker, Mawi ker, baru besh!

Kalo korang baca paper The Star (3 Sept), ada kuar muka anak bujang aku tgh kibar jalur gemilang. Aiwahh!!



Puppet Show - Punch and Judy





Suasana awal kat Tun Abdul Razak Research Centre, Brickendonbury, Hertford, tempat berlangsungnya sambutan Hari Merdeka

Nylea pegang Jalur Gemilang. Hati-hati nak, tercucuk mata kang!

Daniel, Naqeeb & Hafiy

Cam biasa, makan tetap makan. Dah tau kat sini ada jual makanan, bawak gak bekal tuh

Naqeeb buat face painting