Saturday, August 11, 2007

Well Done, Abang!

20 July 2007

Mak aii...Adegan apakah ini?

Naqeeb, Matty & Mrs Pomroy

"Aku tetap nak menyelit"

Hari Jumaat yang ceria dan hari Jumaat yg bahagia gak bila Naqeeb bawak balik dia punyer report card. Panjang berjela cikgu dia bagi komen dan yang seronoknya...leh dikatakan semuanya positif. Gembira lah sungguh. Sekarang baru aku tau camner perasaan mak ayah aku time dorang dapat report card aku dulu yang kurang memberangsangkan. Kihkihkih. Sekolah rendah ok lagi..excellent, sekolah menengah?? Ntah...aku malas nak ingat. Wat menyakitkan hati jers. Harharhar...(nak gelak gak tuh...)

Dan minggu nih gak merupakan hari-hari terakhir Naqeeb kat skolah utk semester ini. Bulan semilan nanti dia dah masuk Year 2....Yeaaa Yeahhh!! Bestfriend dia si Matty tuh pon akan bertukar skolah.

Hari nih Eleen balik ke Southampton naik ketapi. Sepatutnya dia stay sini sampai weekend. Tapi housemate dia wat housewarming, so no excuse.


No comments: