18 June 2007
email yg aku dpt dari seorang teman...bagus dan amat sesuai utk org yg bujang dan berkahwin.--------------------------------------------------------------------ADA kalanya seseorang memiliki pasangan hidup berparas menarik tetapi cakapnya pedas lagi menyinggung.
Ada pasangannya rupawan, bahasanya sedap didengar tetapi
sangat boros.
Ada pula pasangannya indah dan jimat tetapi malas
beribadah.
Kerencaman dalam mencari jodoh ini pernah diibaratkan
dalam satu hadis:
'Manusia itu seperti unta. Antara 100 ekor unta, sangat
sulit kamu menemukan seekor yang sangat baik tunggangannya.'
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Pasangan ideal memang sukar diperolehi dalam zaman penuh
dugaan.
Ada gadis yang mengeluh kerana sudah penat mencari calon
suami yang berkelayakan,gagah dan lawa, tenang dan lembut
serta kuat beribadah.
Ada teruna mengeluh sukar mencari calon isteri yang cantik,
senang dipandang, sabar,jimat, suka beribadah dan pandai
mengambil hati ibunya.
Nasihat Rasulullah saw berkenaan kekurangan yang ada pada
pasangan kita:
'Hendaknya seorang Mukmin tidak meninggalkan seorang
Mukminah. Kalau dia membenci suatu perangai pada diri
isterinya, dia pasti menyenangi perangai yang lain.'
Pesan Rasulullah sejajar dengan firman Allah: 'Kemudian
apabila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah)
kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal
Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.'
(An-Nisaa:19)
Sebagai pasangan (baik suami mahupun isteri), janganlah
kita membiarkan begitu saja beberapa aib atau kekurangan
pasangan kita. Alasan bahawa sikap sudah begitu sejak mula
- tidak boleh dipakai sama sekali.
Sikap manusia boleh diubah selagi ia sanggup merubahnya.
Suami hendaklah berdakwah kepada isteri dan begitu juga
sebaliknya.
'Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan
pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang
baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui
tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang
lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.'
(Surah An-Nahl: 125).
Dakwah paling asas adalah dengan pasangan kita sebagaimana
Rasulullah saw menyampaikan kisah baginda menerima wahyu
kepada isterinya, Khadijah.Ia diikuti dengan anak-anak dan
orang-orang terdekat.
Oleh itu, suami/isteri perlu menggilap cara merubah sikap
pasangan dengan cara paling elok menunjukkan contoh dan hujah.
Kekasaran atau pukul bantai tidak boleh dibuat untuk memaksa
seseorang berubah.
Selain ikhlas dalam menasihati, penting pula ikhlas dalam
menerima nasihat. Ketika kita dinasihati, hendaknya kita
kendalikan serta lunakkan hati kita untuk ikhlas menerimanya.
p/s :
KEBAHAGIAAN TIDAK AKAN HADIR DENGAN SEKELIP MATA. IANYA
HARUS DIPUPUK DENGAN PERASAAN KASIH SAYANG YANG TIDAK BERBELAH
BAGI.
Nabi Muhammad bersabda~
Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.
i love him...he loves me....(mengada!!)